.
Owner



Diaries The Owner Links


wishlist :)




azam 2014 n selamanya :).

puasa sunat isnin khamis.
hntar parents g mekah.
kahwin.
kereta sendiri.
dekan.
wanna be pro. chef


music :).


musik bagaikan irama dalam kehidupan


their words :).


2014 :)

Rabu, 1 Januari 2014 | 0 Sweet Sour Comment

Assalamualaikum


Alhmdulillah atas nikmat yang Allah SWT berikan. Pada tarikh hari in iaitu 1 Januari 2014, aku diberi peluang untuk hidup. Aku dipeluang utk merasai nikmat Allah SWT . Aku diberi peluang untuk sujud padaNya. Alhmdulillah, setelah aku tidur semalam, aku dibangunkan pada hari ini dengan keadaan yang sihat sejahtera, aku dibangunkan tnpa cacat cela dan aku dibangunkan dengan keadaan yg waras. NikmatNya yang tak terhingga. Subhanallah

2013~~

kata orang "tutup buku lama , buka buku baru " , bagi aku bukan mudah untuk hilangkan kenangan dalam 2013. banyak kenangan manis buat aku, begitu juga kenangan pahit. kenangan manis biar lah menjadi satu memori buat diri aku. biar la memori manis in membuat aku tersenyum kembali, disaat aku sedih. Kenangan pahit bagi aku tidak perlu dilupakan, kerana aku suka belajar melalui kesilapan ^_^ kerana kesilapan ini la dapat membentuk diriku menjadi lebih baik. UjianNya membuat aku lebih kuat, membuat aku lebih tabah.

2013~~

pada tahun ini jugak, aku berjaya tamatkan pengajian aku di kolej matrikulasi kedah. aku bangga menjadi salah seorang keluarga di matrikulasi. banyak kenangan aku disitu. homesick selama 6 bulan paling aku tak boleh lupa. aku tak boleh berpisah dengan family sendiri. hari2 menangis. hari2 moody.. tetapi kawan2 , lect2 yang banyak bagi aku kekuatan. Allah menghantar mereka buat aku. aku terus tabah. aku terus kuatkan semangat untuk menghadapi cabaran dan halangan ni matrikulasi . Alhamdulillah keputusan di sem yang sangat aku homesick agak memberansangkan . di saat ini aku mula bina motivasi dalam diri aku sendiri. Alhmdulillah homesick dah hilang...cuma rindu ja yang x boleh aku hilangkan . hehe . he said to me " syud anak manja" .. yeahhh aku tetap cakap "tak" . i dont know why. but mybe ada betulnya . hehe. tapi di sem dua aku sangat menyesal, macam2 jadi kat aku. so aku hilang fokus nak belajar. akhirnya keputusan aku tidak sebaik sem 1 . aku tak salahkan sapa2, mybe ini dari aku sendiri jugak. i know, semua ni perancangan Allah, perancangan Allah yng terbaik.

2013~~

officially tamat matrikulasi, n i have long time to enjoy. tak lama mana pun , just 4 month :) but still bersyukur, setelah penat belajar n struggle di matrik, aku dapat cuti utk merehatkan otak aku ni. sangat la penat dimatrik tu. hari hari belajar.. belajar n belajar. sampai facebook pun tak sempat buka. look ~~ betapa busy nya :D

2013~~

time ni jugak la aku sering merenung hari2 aku. adakah aku dilandasan yang betul ? adakah hidup aku ini diberkati ? adakah hidup aku ni diredhai ? bagaimana kalau esok aku mati ? masih sempatkah aku utk bertaubat pada Illahi ? minda aku pantas berfikir, hati ini mulai sebak. Ya iman aku masih ada. aku yakin itu.

tiba2 abah bertanya pada aku~~ " akak , abah suka tengok akak pakai hijab labuh " . Hati aku ibarat jatuh ke bawah. aku terkelu. sebab ini bukan kali pertama abah bertanya aku begitu. sudah masuk tiga kali. di saat pertanyaan buat kali ketiga itu, aku terus minta bantuan pak cik google. aku terus search "tudung bidang 50" . Alhmdulillah , aku sudah membeli 2 helai tudung tu. kerana pertanyaan abah tu, hati aku menjadi sayu. aku bertanya pada diri aku sendiri " syud , knapa hang sangat kejam ? kenapa hang jadi manusia tak berguna ? Sanggup hang buat mcm tu kat abah sendiri "

aku tak kejam dari segi fizikal dan mental. tapi aku mempertaruhkan syurga neraka abah aku sendiri. di saat itu air mata aku mengalir. aku jugak akan mempertaruhkan syurga neraka bakal suami aku nnt. " abah aku beribadat pada Allah, setiap hari aku lihat, abah berdoa dengan bersungguh2, kadang2 sampai mengalir air mata , abah aku juga sering menangis di kain sejadah itu sendiri" hati ini bertanya. apa yang abah doakan ? aku terus biarkan persoalan itu terawang-awang. tapi hari ini aku faham, mungkin aku yang hari ini, atas doa abah aku yang sering menangis. syukran abah. :') Allah mendengar doamu .

2013 ~~~

" Yeayyyy mak abah, akak dapat masuk U, akak dapat kos yang akak minat , yeayyyy ~~~ " aku terus menjerit, dan di dalam hati aku aku sangat bersyukur. Aku bakal menjadi mahasiswa. Alhmdulillah. kos engineering menjadi pilihan aku. aku terlalu minat dengan kos ni. Allah tidak henti2 memberi nikmat pada aku. Syukur Ya Allah . InsyaAllah dalam masa 4 tahun aku bakal graduate. InsyaAllah aku akan terus sambung master kalau di izinkan Allah :)

Alhmdulillah kini sudah tamat sem 1 aku, cuma tggu nak hbes exam jer. :) tak sabar sangat nak balik kedah. aku rindu mak abah dan adik2. dah dua bulan aku tak balik . hehe. Aku sekrang kat pahang, sangat jauh dengan mereka. baru aku sedar erti berdikari, aku sedar pentingnya mak abah disamping aku. aku masih perlukan mereka. tapi aku tabah disini. Alhmdulillah aku x homesick. cuma rindu yang membuak2 kat hati ni :D

2014 ~~

kini sudah tahun baru, aku akan menjadi yang lebih baik. aku hendak berubah lagi . aku tak kan sia2kan hidup aku sebagai hamba Allah. tahun baru aku bukan lah dengan enjoy di luar sana , tahun baru aku ini x bererti jika aku terjerit keriangan dan meraikan . bagi aku , lebih baik kalau aku bersujud kepda Allah :) Semoga cabaran di tahun 2014 ini aku hadapi dengan tenang. Aku pasti ujian Allah , hanya utk hmbaNya yang kuat. Allah tidak akan beri ujian jika hambaNya itu tidak mampu.


ok jom mula study... sekarang ni mggu study, sebab final exam.

kepada yang mendoakan kesejahteraan syud semasa 31/12 tu syud ucapkan syukran. may Allah bless u all. kata dorang, aku adikkkk. aku pling muda. heheh :D " happy birthday to meee ~~~ " haaa hadiah baju muslimah tu, i dont know frm who. n still tercari2 sapa yang bg, btw, syukran yaaa. cantik :)





Older Post | Newer Post