.
Owner



Diaries The Owner Links


wishlist :)




azam 2014 n selamanya :).

puasa sunat isnin khamis.
hntar parents g mekah.
kahwin.
kereta sendiri.
dekan.
wanna be pro. chef


music :).


musik bagaikan irama dalam kehidupan


their words :).


Majlis zikir / majlis ilmu ^_^

Khamis, 3 Oktober 2013 | 0 Sweet Sour Comment

Assalamualaikum





Alhmdulillah semalam dapat hadiri satu mjlis ilmu dan majlis zikir. ceramah2 disampaikan oleh tok guru Sheikh Mohammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki dan zikir2 di ketuai oleh Kumpulan Qasidah Devish Maulid Ensemble.

untuk post kali ni sis just nk kongsikn sikit apa yang telah ustaz sampaikan yang sedikit demi sedikit menjadi pertanyaan buat diri sendiri. membuat diri mengelamun seketika.


  • majlis zikir merupakan majlis yang mulia, malaikat akan melindungi orang2 yang menghadiri majlis tersebut. Allah SWT akn turunkan rahmatNya. Subhanallah. :)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: ”Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang berkeliling di jalan untuk mencari-cari kumpulan orang yang berzikir. Jika mereka telah menemui kumpulan orang yang berzikir kepada Allah, mereka akan berseru: ”Mari, di sini ada yang kamu semua cari.” Majlis mereka ini akan dikerumuni dengan sayap para malaikat hingga ke langit dunia.”
  • kalau lagu kebangsaan boleh dinyanyikan . kenapa tidak selawat ?
“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. (Surah al-Ahzab: ayat 43).
  • jangan pegang sesuatu yang baik di tangan kiri. gunalah tangan kanan.
Daripada Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika salah seorang antara kalian hendak makan, maka hendaknya makan dengan menggunakan tangan kanan dan apabila hendak minum maka hendaknya minum juga dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.”


  • kalau cinta Allah, ikutlah perintahnya dan ikutlah sunnah Rasullulah SAW.

Surah An Nur : Ayat 48
Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).


  • jadikan Rasulullah sebagai idola , nescaya Rasulullah akan memberi kita syafa'at nnt.

  • masuk ke tempat baik dengan kaki kanan

  • cara memakai pakaian : dahulukan kanan, baru kiri

  • malam jumaat, digalakkan berjemaah

  • jika untuk dunia kita dapat mencari yang indah dan cantik, tapi mengapa kita tidak mencari yang indah dan cantik utk akhirat ? 

  • makan utk hidup, bukan hidup utk makan. 

  • sesama manusia perlu tolong menolong  , itu wajib !

  • bersyukurlah dengan nikmat yang Allah beri.
“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku.“(QS. 2:152)

  • sunat menyampaikan salam, dan wajib utk menyahut

sedikit sebanyak hadir dalam majlis ilmu dapat jugak pengetahuan. jika dulu iman hanya 10 % boleh ditingkatkan lagi sebnyk 15 %. selalulah mencri keredhaanNya. InsyaAllah Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang :) 

hidup berpandukan al-Quran dan sunnah :)

p/s : semalam nmpak banyak budak2. Comelnya ~~~~ teringin ! huhu

wasalam

Older Post | Newer Post