.
Owner



Diaries The Owner Links


wishlist :)




azam 2014 n selamanya :).

puasa sunat isnin khamis.
hntar parents g mekah.
kahwin.
kereta sendiri.
dekan.
wanna be pro. chef


music :).


musik bagaikan irama dalam kehidupan


their words :).


Mee Kari Ayam

Selasa, 23 Julai 2013 | 0 Sweet Sour Comment

Assalamualaikum | salam sejahtera

hye3 dan salam ramadan buat semua bloggie. hari ni dah masuk 15 hri kita berpuasa.. Alhmdulillah. Allah masih panjangkan umur sis utk menikmati bulan ramadan yg mulia ni.

baru2 ni sis dengar banyak sangat kmlngn yg melibatkan maut, cedera parah , patah sini patah sana. Ya Allah. Ujian di bulan ramadan.

dikesempatan ni, sis nak ucapkan takziah buat junior sis dri SMK Jabi,Pokok Sena yang baru saja meninggal baru2 ni akibat kemalangan. Al fatihah. :'(

haaaa. kali ni sis nk kongsikan resepi mee kari ayam yang sis buat. 100% sis buat sndiri taw .

kalau tidak sis nak buat mee kari yg masukkan stok udang. tapi kesian kat adik pulak. dia sakit. x leh makan seafood ni. so sis tukar kepada stok ayam. rasa dia pun still perghhhhh taw. hikhik

bahan-bahan



 1/2 ekor ayam - di potong kecil
sedikit daging ( ikut nak banyak mana pun)
6-7 sb rempah kari daging (bancuh dgn sedikit air) - sis guna cap 0 /babas pun boleh
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat
5 cawan stok ayam
1 kg isi kerang atau lebih
1/2 cawan minyak masak
3 keping fishcake- hiris nipis
10 ketul fish ball- belah 2
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili) atau cili kering 3 tangkai
1 btg serai

Bahan Tumis
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk

Bahan Utk Mee dan Hiasan
1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis
4 biji telur - direbus & belah dua
4 biji limau nipis
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - goreng tanpa minyak
Bawang goreng

cara-cara memasak dan penyediaan


 Buat stok ayam dengan merebuskan ayam tersebut hingga hmpir2 empuk. or bahasa mudah dah masak la. kalau sis , sis campur kan sekali daging. so stok dia akan lebih sedap. selepas masak tu asingkan stok . letak tepi dulu ea :D



Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam/daging yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.


Masukkan  fish cake, fish ball, stok ayam dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.


Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.


Cara Menyediakan Mee Kari Kerang.
Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.
Tuangkan kuah di atas mee tadi.
Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng.
Sedia untuk dimakan



gambar sekadar hiasan

so lepas ni boleh la cuba. sesuai utk yang sakit kulit, pesakit2 yang lepas buat pembedahan ke. sesuai la :) selamat mencuba



Older Post | Newer Post