Owner wishlist :) azam 2014 n selamanya :).
puasa sunat isnin khamis.
hntar parents g mekah. kahwin. kereta sendiri. dekan. wanna be pro. chef music :). their words :). |
pemuisi
Sabtu, 31 Mac 2012 | 0 Sweet Sour Comment ~pemuisi~ Aku seorang pemuisi, Menulis satu persatu luahan hati, Untuk ku bayang dan lakari, Di atas kertas putih dan suci, Diriku tidak sehebat mana, Masih menulis sebagai hobi sahaja, Memenuhi ruang kosong seketika, Namun, usia ku masih muda, Untuk ku langkah ke alam cita-cita, Ibarat jauh hingga ke angkasa, Untuk di gapai ke alam yang nyata, Masih banyak yang ingin aku pelajari, Untuk memantapkan nukilan ku ini, Agar dapat dibaca dan dihayati, Oleh rakan dan seluruh generasi, Di zaman era globalisasi, Yang penuh teknologi, Tapi, Anak muda sudah tidak minati semua ini, Kata mereka kini, Hanya membuang masa menulis puisi, Tapi, Tidak bagi diriku ini, Di kala dugaan menghampiri Akan ku nukil kan bahasa indah puisi, Sebagai penghibur hati dan jiwa ini, Aku tidak kisah sama sekali, Jika diriku digelar pemuisi, Bukannya bangga diri, Tapi, Tidak mahu generasi muda terpisah dengan dunia puisi, Biarlah mereka tahu dan mengerti, Akan kewujudan seorang pemuisi, Di alaf yang semakin maju ini. Nukilan : syud syuhada Label: puisi |