.
Owner



Diaries The Owner Links


wishlist :)




azam 2014 n selamanya :).

puasa sunat isnin khamis.
hntar parents g mekah.
kahwin.
kereta sendiri.
dekan.
wanna be pro. chef


music :).


musik bagaikan irama dalam kehidupan


their words :).


khidmat negara

Sabtu, 31 Disember 2011 | 0 Sweet Sour Comment

Tanggal  1 Januari 2012,
Bermulalah cabaran buat ku,
Menjejak kaki ke alaf yang baru,
Mejadi wirawati dalam diriku,
Tidak sabar aku menanti semua itu,
Hanya beberapa jam lagi aku harus menunggu,
Untuk ke tempat yang dituju,

Aku akan mendiam diri buat seketika ini,
Madah-madah ku tidak dapat di lihat lagi,
Bukan bermakna aku menghilangkan diri,
Bukan bermakna karya ku terus diakhiri,
Tetapi ku membawa diri,
Untuk membentuk jati diri,
Bersama rakan-rakanku wira wirawati,

Aku berasa bangga aku menjadi pilihan,
Doa ku selama ini dimakbulkan,
Kerana Khidmat Negara sering menjadi idaman,
Untuk ku menuntut ilmu dan pengalaman,

Sahabat-sahabatku,
Doakan lah kesejahteraan buat diriku,
Doakan la kesihatan buat diriku,
Doakan ku selamat menjalani latihan-latihan di situ,
Tidak lama ku membawa diri,
Hanya 3 bulan yang pasti,
InsyaAllah cukup masa yang diberi,
Untuk ku belajar lebih berdikari,
Dan jua membentuk akhlak dan jati diri,

Nukilan : syud syuhada
Tarikh :31/12/2011 masa :11.15 pm

Label:


Older Post | Newer Post