.
Owner



Diaries The Owner Links


wishlist :)




azam 2014 n selamanya :).

puasa sunat isnin khamis.
hntar parents g mekah.
kahwin.
kereta sendiri.
dekan.
wanna be pro. chef


music :).


musik bagaikan irama dalam kehidupan


their words :).


~andai dapat diputarkan masa~

Jumaat, 30 Disember 2011 | 0 Sweet Sour Comment


Kedengaran seruling mendamaikan jiwaku,
Kicauan burung yang menyanyikan lagu,
Yang menari-nari menghiburkan fikiranku,
Awan bergulung-gulung bergerak berliku,
Membentuk kalimah cinta buatku,

Kelihatan anak-anak kecil tertawa,
Berligan bermain sesama mereka,
Senyumanku terukir mencapai telinga,
Betapa bahagia rasanya,
Jika dapat diputarkan masa,

Aku teramat rindu,
Akan zaman kanak-kanak ku,
Bermain masak-masak dan juga bola tuju,
Pasti  dengar tangisan dari ku,
Kerana kalah selalu,
Bila ku renung kembali diriku,
Terasa lucu dan juga malu,
Ketika di saat itu,
Kemantangan belum lagi menetap dalam diriku,


Aku rindu zaman sekolah pujaan hati,
Ketika ini aku sering menonjol diri,
Berbahas begitu petah sekali,
Forum remaja sentiasa aku ingati,
Aku juga wartawan sejati,
Merungkai berita adalah pasti,
Menjadi pengawas bangga sekali,
dapat memberi  jasa dan juga budi,

aku rindu rakan-rakan sekolah ku,
gelak ketawa pasti selalu,
susah senang berliku,
akan ditangani selalu,
itulah persahabatan sewaktu dahulu,

andai dapat diputarkan masa,
pasti aku lah yang paling bahagia,
tersyukur amatlah tak terkira,
kerana diberikan peluang kedua.

Nukilan : syud syuhada <3 <3

Label:


Older Post | Newer Post