.
Owner



Diaries The Owner Links


wishlist :)




azam 2014 n selamanya :).

puasa sunat isnin khamis.
hntar parents g mekah.
kahwin.
kereta sendiri.
dekan.
wanna be pro. chef


music :).


musik bagaikan irama dalam kehidupan


their words :).


sebelum,semasa dan selepas peperiksaan

Ahad, 2 Oktober 2011 | 0 Sweet Sour Comment


assalamualaikum...ok ari ni sis nak kongsi la sedikit ilmu dgn semua bloggers....ni panduan sebelum,semasa,n selepas mnhadapi peperiksaan penting seperti PMR dan SPM...insyaAllah apa yg sis kongsikan boleh la dijdikan pnduan dan diamalkan ya...

sebelum peperiksaan
  • makesure jaga permakanan..ni amat penting la bagi pelajar,sebab apa yg dimakan mempengaruhi minda kita.Pelajar digalakkan memakan makanan dan minuman yang berkhasiat,nanti masa exam tiada la yang sakit2 perut dan sebagainya.Kalau semua ni terjadi,akan menyebabkan tumpuan akan hilang.
  • pelajar juga disarankan supaya pergi berjoging,lakukan senaman ringan,riadah.Jika aktiviti ini dibuat akan membantu minda kita yg kusut ni menjadi lebih tenang atau bahasa ringkasnya dapat menghilangkan stress.
  • seterusnya,sebagai pelajar,kita haruslah menjaga hati dan perasaan guru2 ataupun rakan2 yang memberi ilmu.Supaya kita mendapat keberkatan semasa peperiksaan nanti.Kalau pelajar tersebut tidak mendapat keberkatan,kemungkinan,pelajar akan menghadapi kesukaran ketikan menjawab peperiksaan.
  • seterusnya,perbanyakkan amalan zikir dan membaca ayat2 al-quran supaya sebelum exam kita tidak gelabah dan stress
  • amalkan bacaan al-fatihah sebanyak tujuh kali dan seterussnya membacca terjemahan al-Quran yang kita tak tahu.InsyaAllah,kita akan dipermudahkan urusan.
  • seterusnya,selepas solat amalkan bacaan ya fathahuya'lim sebanyak 40x dan selepas itu berdoalah kepada Allah SWT.
  • sembahyang hajat/solat sunat dhuha
semasa peperiksaan
  • tenangkan hati,lapangkan minda semasa masuk ke dewan peperiksaan.
  • motivasikan diri yang "aku boleh jawab,soalan yang bakal ditanya''
  • sebelum membuka kertas soalan,bacalah doa penerang hati.
  • semasa menjawab peperiksaan,tiba2 anda terlupa perkara yang telah kamu hafal,apa yang perlu dibuat.Sandarkan bahu di kerusi,duduk dalam posisi yang selesa,minum air mineral supaya otak kamu akan segar kembali.selepas itu cuba menjawab soalan itu kembali
  • sebut kalimah Allah jika terlupa sesuatu ataupun minta pertolongan Allah
  • jika soalan itu tidak dijawab juga,pergi ke soalan yang seterusnya.
selepas peperiksaan
  • tawakal kepada Allah SWT.
  • banyak kan solat sunat hajat.
  • yakin kan diri kamu..Apa jua keputusan yang menanti,itu adalah hasil usaha kamu selama ni..jika malas,dpt lah rslts ygg kurang baik.Kalau rajin,insyaAllah,keputusan akan baik.
sis rasa itu sja yang mampu sis kongsikan.
marilah pkat2 buat suma ni
insyaAllah,kita semua mampu menjadi pelajr cemerlang.
amin yarobala'lamin
doakan sis ea...sebab taun ni sis SPM..hehe
wassalam

Label:


Older Post | Newer Post