.
Owner



Diaries The Owner Links


wishlist :)




azam 2014 n selamanya :).

puasa sunat isnin khamis.
hntar parents g mekah.
kahwin.
kereta sendiri.
dekan.
wanna be pro. chef


music :).


musik bagaikan irama dalam kehidupan


their words :).


sayangnya Allah pada perempuan

Rabu, 5 Oktober 2011 | 2 Sweet Sour Comment



siapa kata jadi perempuan tu senang???

nak kena tutup sana,tutup sini . Tengok budak laki,pakai baju pagoda pun orang tak bising. Perempuan stokin pun kena pakai. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari. Comfirm tak tahan bertutup semuanya kan??. Tapi perempuan coo jer. Tengah panas pun boleh pakai jubah. Hebat kan perempuan??.

siapa kata jadi perempuan tu senang???

tiap-tiap bulan mesti ada penyakit. Nak pergi kelas pun susah. Kalau boleh masa jalan nak kelas tu,nak jer meraung,sebab sakit. Cuba tengok budak lelaki,selamber ja dorang kan,kadang2 setahun sekali nak dapat penyakit pun susah. Tapi perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap2 bulan,still ok jer Tengah2 sakit pun boleh lagi senyum,ketawa dan bergurau dengan rakan2,sampai sapa2 pun tak perasaan yang dia tengah sakit. Hebatkan perempuan??

siapa kata jadi perempuan tu senang???

Hati ni Allah jadikan lembut betul. Cepat ja sensitif. Cuba tengok orang putus cinta. Selalu perempuan yang paling susah nak lupa pasangan dia tu. Lelaki ni lepas putus cinta,terus cari yang baru < bukan semua >. Cuba pergi tengok wayang cerita hindustan. Siapa yang paling teruk menangis?. Perempuan kan? lelaki2 ni boleh lagi duk gelak2. Lembut tak lembut hati perempuan ni kan?. Tapi hati yang lembut ni la mengkagumkan orang lelaki. Hebat kan perempuan??

Disebabkan susah nak jadi perempuan lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah. Dorang cakap Allah tak adil dan kenapa Allah lebihkan lelaki? kenapa perempuan kena dengar cakap suami? kenapa syurga berada di tapak bawah kaki suami. Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah. Bak kata orang,nak jga 10 anak lelaki , x susah macam jaga seorang anak perempuan dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan kat luar2 sana tu membebel. Dorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan " lelaki tak payah tutup pun''. Dorang berani bertepuk tampar dengan lelaki. Dorang sanggup gadaikan diri dorang sebab percaya dengan janji manis seorang insan yang bernama lelaki . Dorang cakap,dorang buat macam tu sebab Allah x adil.

persoalannya sekarang.

Betul ker Allah tak adil dengan perempuan?. Betul,syurga perempuan terletak dibawah kaki suami. Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak dibawah kaki sesiapa kalau bukan ibunya? memang betul isteri kena ikut cakap suami, tapi seoarang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama dripada ayahnya. tak adil lagikah Allah pada perempuan?? Allah bukannya setakat adil, tapi Allah amat syang pada perempuan. Untuk lelaki syurga isterinya terletak pada bwh kaki nya, tapi perempuan yang ditakdirkan mempunyai 12 anak lelaki. bermakna ada 12 orang yang syurga yg terletak pada telapak kakinya. MasyaAllah hebatkan perempuan??

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yang jadikan perempuan ni hebat. Cuba dengar pula lagu2 yang berkumandang di radio. Banyak lagu pasal perempuan kan? contohnya macam lagu summayyah. Jarang la kita dengar lagu tentang laki ni. Betapa sayangnya Allah dekat perempuan.samapi macam tu dikasihi di dunia. Tengok pula bila lelaki berjaya . orang akan cakap 'disebalik kejayaan seorang lelaki ada perempuang dibelakangnya'. Kita tak penah dengar orang cakap pun '' disebalik kejayaan perempuan terdapat lelaki dibelakangnya'. kan? hebat tak Allah jadikan perempuan macam tu. Masih tak adilkah Allah dekat perempuan. Sampai disebabkan susah nak jadi perempuan ni. Perempuan senang nak masuk syurga.

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

tak adil lagikah Allah dekat perempuan?? oh perempuan sedarlah. Bayangkan dunia yang besar ini,kita jadi hiasan dan seindah-indah hiasan itu wanita solehah. Kesian kan dekat kita kalau kita tolak nak jadi perhiasan yang indah tu.

Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindung


Label:


Older Post | Newer Post