.
Owner



Diaries The Owner Links


wishlist :)




azam 2014 n selamanya :).

puasa sunat isnin khamis.
hntar parents g mekah.
kahwin.
kereta sendiri.
dekan.
wanna be pro. chef


music :).


musik bagaikan irama dalam kehidupan


their words :).


sah ataupun tidak kalau tidak membaca doa qunut??

Khamis, 6 Oktober 2011 | 4 Sweet Sour Comment

assalamualaikum...ari ni sis nak kongsi la skit tentang apa hukuumnya kalau x baca doa qunut ketika sembahyang subuh...

tadi sis baru ja search kat pakcik google tu...sah ka solat kalau x baca doa qunut..so sis ada lah terbaca perbualan seorang ustaz dengan yg duk tanya2 tu...so ni perbualan mereka..


salam ust,

baru2 nie saya ada dengar sorang ust kata bahwa tidak perlu ada doa qunut dlm solat subuh dan tidak perlu sujud sahwi. Kemudian ada juga jemaah saya mengatakan di mekah tidak ada doa qunut. Dan kalau ikut cara nabi Muhammad s.a.w, doa qunut dibaca ketika ada tujuan tertentu.

Jadi saya telah menunaikan solat subuh tanpa qunut dan sujud sahwi. Adakah batal solat saya itu. Serta adakah solat itu jadi lain bila tiba di mekah.( maksud saya doa qunut tadi)

terima kasih.

jawapan dari pengunjung :

salam..

saya cuba membantu sikit drpd apa yang saya tahu.

Betul, ustaz yang didengar oleh puterisalju mengenai doa qunut tidak salah. Di dalam mazhab Syafie qunut bukanlah rukun bagi solat tetapi sunat mua'kad.

Berkenaan tiada bacaan doa qunut di Mekah, ini kerana di sana terdapat juga Mazhab lain. Mazhab lain tidak melakukan qunut pada waktu Subuh kerana Nabi tidak suruh. Di Malaysia kita mengikut Mazhab Syafie.

Hal ini adalah disebabkan perbezaan pendapat oleh Mahzab-Mahzab. Pendapat-pendapat antara mereka juga tak salah, kerana mereka juga mengemukakan pendapat yang baik lagi kukuh, yang disertakan dalil.

Contohnya, beza mazhab Syafie dan mazhab Hanafi ialah :-
- Syafie ikut “apa yang nabi buat, walaupun nabi tak suruh / order / perintah”.
- Mazhab Hanafi hanya buat apa yang nabi perintah. Kalau nabi tak suruh, mereka tidak buat.

Walaubagaimana pun, berkenaan sujud sahwi yang tidak ada / perlu, itu saya tidak pasti kerana terdapat hadis mengenainya..


Sujud Sahwi: Sujud sahwi ialah sujud kerana terlupa melakukan sesuatu sunat ab'ad seperti tertinggal tahiyyat awal.

Dalam Mazhab Syafie, sujud sahwi dilakukan sebelum memberi salam.

Dari Abdullah Bin Buhainah r.a., bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam mereka mengerjakan sembahyang, lalu baginda bangun sesudah rakaat yang kedua dan tidak duduk (untuk membaca tahiyyat awal); orang ramai pun bangun bersama-sama dengannya (meneruskan sembahyang) sehingga apabila baginda selesai sembahyang dan mereka menunggu salamnya, ia bertakbir semasa duduk, dan ia sujud dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam, kemudian ia memberi salam.

Dalam Mazhab Hanafi, sujud sahwi dilakukan selepas memberi salam.

Dari Ibnu Mas’ud, r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang Zohor lima (5) rakaat, lalu baginda ditanya oleh para jemaah: “(Ya Rasulullah) Adakah bilangan rakaat sembahyang telah ditambah?”

Baginda pula bertanya: “Mengapa (kamu berkata) demikian?”

Mereka menyatakan : Tuan telah mengerjakan sembahyang lima rakaat”

(Mendengarkan itu) Baginda pun sujud (sujud sahwi) dua kali selepas salam.



Hadis Shohih- Riwayat Bukhari dan lain-lainnya)

Manakala mazhab Maliki pula bergantung samada terlebih atau terkurang bilanagn rakaat. Jika terkurang, sujud sebelum salam. Jika terlebih, sujud selepas salam.



Doa qunut: (Perlukah?) Sebab ada ustaz2 kata x perlu doa qunut. Nabi buat doa qunut masa ada kesusahan/masalah.

Tidak perlu. Bila ditanya apa dalil qunut, Imam syafie kata dia cuma mahu mengekalkan apa yang Nabi pernah buat sahaja, tiada dalil khusus. Nabi melakukan qunut selama sebulan sahaja, Nabi buat qunut cuma sebulan (semasa orang Islam yang dihantar untuk berdakwah disatu tempat dibunuh secara zalim) kemudian ditinggalkan.Amalan yang terbaik ialah amalan terakhir Nabi s.a.w. sebelum baginda wafat.

Qunut yang nabi sentiasa buat ialah pada waktu Solat Witir sahaja. Mazhab lain tidak melakukan qunut pada waktu Subuh kerana Nabi tidak suruh.

Nabi s.a.w bersabda ‘dijadikan imam untuk diikuti”. Jadi ikutlah imam samada dia baca qunut atau tidak.

Rujukan: Sujud Sahwi

jawapan dari ustaz:

Salam...

Doa qunut termasuk dalam soal khilafiah. So, takde masalah pun sama ada nak baca atau tidak. Cuma apabila kita berada dalam masyarakat yang berpegang pada mazhab Syafie, ketika menunaikan solat secara berjamaah, elok kita baca supaya tidak timbul fitnah. Akan tetapi apabila kita berada di Makkah, dan apabila imam di Makkah tak baca, tak perlulah juga untuk kita baca sebab ikut imam itu yang lebih dituntut.

wallahu'alam

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
[url]www.ustazshauqi.blogspot.com[/url]


pertanyaan pengunjung:

Salam...

terima kasih buat minew7.

di sini saya masih kurang jelas tentang sujud sahwi. Spt kata ust shauqi tidak salah tak buat bacaan qunut. Jadi kalau saya tidak buat bacaan qunut adakah saya kena buat sujud sahwi.

Dan bagaimana bacaan serta cara sujud sahwi yg di tuntut.

terima kasih ust.

jawapan ustaz:

Salam...

Dalam mazhab Syafei, doa qunut merupakan sunat yang dituntut, oleh itu sekiranya terlupa untuk membacanya, maka disunatkan untuk sujud sahwi iaitu selepas membaca tahiyyat sebelum bagi salam, sujud dua kali macam biasa lepas tu baru beri salam. Bacaan dalam sujud sahwi boleh baca bacaan biasa yg dibaca semasa sujud atau boleh juga dibaca: Subhaana mallaa yanaamu wa laa yashu.. (سبحان من لا ينام ولا يسهو).... yang bermaksud "Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa". Kalau terlupa juga untuk sujud sahwi, tidak mengapa, iaitu tidak membatalkan solat.

wallahu'alam

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
[url]www.ustazshauqi.blogspot.com[/url]

pertanyaan pengunjung:

salam ust,

kalau mcm tu ... makna nya bila kita lupa qunut lalu kena sujud sahwi, tapi mcm mana kalau saya pilih utk solat subuh tanpa qunut dan tidak membuat sujud sahwi dengan sengaja. Adakah solat subuh saya itu sah.

terima kasih ust

jawapan ustaz:
salam
solat sah.

dah terjawabkan persoalannya....
so, sama2 la kita buat ea..
sis pown dah dpt penerangan yg ckup..
alhamdulillah...
before ni pun was2 juga....
salam...

solat sah.

Label:


Older Post | Newer Post