.
Owner



Diaries The Owner Links


wishlist :)




azam 2014 n selamanya :).

puasa sunat isnin khamis.
hntar parents g mekah.
kahwin.
kereta sendiri.
dekan.
wanna be pro. chef


music :).


musik bagaikan irama dalam kehidupan


their words :).


andainya Lelaki Tahu..Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta

Ahad, 5 Jun 2011 | 0 Sweet Sour Comment

apaabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak

semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu

mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah

menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi

percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat

dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru

bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah

semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu

anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu

menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan

anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak

percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.

.tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap

anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian

. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan

yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya

mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah

sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh

buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan

‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi

dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya

hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama

kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan,

bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu

lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat

sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan

menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia

bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu

melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya

dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud

menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling

menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki

dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu

kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu

merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa

menggoncang dunia dan mungkin bisa pula

membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan

dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan

dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada

kekuatan untuk menyongkong anda dan

membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,

isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

Andainya lelaki tahu..


Label:


Older Post | Newer Post