Owner wishlist :) azam 2014 n selamanya :).
puasa sunat isnin khamis.
hntar parents g mekah. kahwin. kereta sendiri. dekan. wanna be pro. chef music :). their words :). |
jangan memuja dunia
Ahad, 3 April 2011 | 0 Sweet Sour Comment ahmud al-Bahili mengatakan, Dunia Tetap Akan Pergi Sesetengah ulama mengatakan, "wahai sekalian manusia, berhati-hatilah, takutlah kepada Allah, jangan terpaut oleh angan-angan yang indah-indah sehingga lupa ajal. Jangan kau buru dunia. Ia adalah pengkhianat dan penipu belaka. Dengan bijaknya ia menipu dan memfitnahmu. Ia bermanis-manis kepada pelamarnya bagai pengantin yang dihias. Mata memandangnya, hati jatuh cinta dan jiwa menanggung rindu padanya. Bertapa banyak yang rindu padanya dibunuh, yang menginginkannya dihina. Pandanglah ia dengan mata hakikat. Ia rumah yang banyak menyimpan kebusukan." Manusia itu dalam bahaya. Jika tidak mahu berfikir dan memandang dunia dengan mata hati, maka amat rugila hidupnya. Bersama-samalah beramal untuk akhirat. Jangan jadi pemuja dunia semata. Dunia itu adalah kesenangan yang sedikit berbanding akhirat seperti dalam al-quran ada dinyatakan: ٱللَّهُ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ وَفَرِحُواْ بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا فِى ٱلۡأَخِرَةِ إِلَّا مَتَـٰعٌ۬ Label: sinar hidayah |