.
Owner



Diaries The Owner Links


wishlist :)




azam 2014 n selamanya :).

puasa sunat isnin khamis.
hntar parents g mekah.
kahwin.
kereta sendiri.
dekan.
wanna be pro. chef


music :).


musik bagaikan irama dalam kehidupan


their words :).


Ceritera Cinta Terlarang.

Rabu, 27 April 2011 | 0 Sweet Sour Comment

Allah SWT menjadikan makhluk-Nya penuh dengan cinta. Perasaan ini merupakan fitrah yang diletakkan di lubuk hati setiap ciptaan-Nya. Hatta singa,harimau dan binatang buas lain turut dianugerahkan nikmat ini. Sesungguhnya, ia suatu nikmat yang amat tinggi nilainya, kerana dengan cinta manusia dapat ketenangan dan kegembiraan. Bahkan dengan cinta, Islam berkembang dengan pesatnya.

Juga, kerana rahmat cinta Allah, kita dapat menjejak syurga kelak. Nabi SAW bersabda : Bukanlah amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku,tetapi semata-mata hanya dengan rahmat Allah SWT belaka. ( HR Muslim )

Cinta wujud antara dua insan, lelaki dan wanita. Allah SWT telah mengatur kurniaan ini dengan aturan yang terbaik yakni, perkahwinan yang dapat mendamaikan hati insan. Hakikat ini tidak dapat diubah lagi. Namun, kemajuan yang menyelubungi dunia telah mencipta satu fenomena; cinta yang terlarang. Fenomena ini telah mengubah dunia jadi medan kekejaman dan kebinasaan. Sejarah membuktikan cinta terlarang banyak menjadi punca kejatuhan pelbagai tamadun. Fenomena itu semakin berkembang, dengan nama baru; skandal. Ia dipandang remeh oleh masyarakat tanpa menyedari ia bakal menghancurkan lagi tamadun manusia.

Cinta yang menghancurkan

Setiap hari berita yang hampir sama menghiasi dada akhbar. Perlakuan sumbang antara teman sekerja semakin menular. Jika dahulu, di ruangan luar negara. Kini, jadi berita utama. Jijik melihat perlakuan yang dipaparkan oleh masyarakat sekarang. Bagaikan hilang sifat malu yang tertanam dalam jiwa sedangkan malu itu sebahagian dari iman.

Skandal difahami sebagai hubungan dua insan yang bukan mahram yang terdedah pada pandangan mata sekeliling. Sering berlaku,skandal di tempat kerja melibatkan suami atau isteri orang. Lebih malang, pelakunya tanpa segan silu mempamerkan keintiman melampau yang mengundang fitnah masyarakat. Jika hubungan 'teman tapi mesra' tidaklah ia menjadi buah mulut. Namun, jika seperti belangkas ke hulu hilir, sudah tentu timbulnya umpatan warga kerja lain.

Label:


Older Post | Newer Post