.
Owner



Diaries The Owner Links


wishlist :)




azam 2014 n selamanya :).

puasa sunat isnin khamis.
hntar parents g mekah.
kahwin.
kereta sendiri.
dekan.
wanna be pro. chef


music :).


musik bagaikan irama dalam kehidupan


their words :).


Ibadah Haji – Puncak Ketaatan Seorang Hamba

Isnin, 29 November 2010 | 0 Sweet Sour Comment

Ibadah haji adalah ibadah yang paling agung. Haji adalah manifestasi puncak ketaatan seorang hamba kepada Khaliq-Nya. Ini kerana untuk melaksanakannya bukanlah mudah kerana memerlukan perjalanan yang jauh, perbelanjaan yang banyak, masa yang panjang dan tenaga & stamina yang kuat untuk melaksanakannya. Di samping itu terpaksa meninggalkan keluarga tercinta & kampung halaman. Justeru, ibadah haji perlu dilaksanakan dengan penuh penghayatan, keimanan & ketakwaan. Dan yang paling utama ialah mendapat keredaan Allah. Ibadah haji adalah penghapus dosa sehingga si pelakunya bagai bayi yang baru lahir.

Bagi seorang jemaah haji yang menjadi tetamu Allah, pasti mendambakan untuk mendapat “Haji Mabrur”. Untuk mendapatkannya perlu hati yang bersih, ikhlas, penuh iman & taqwa kepada Allah, lidah yang sentiasa melafazkan talbiyah, zikir, dan doa, mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya dan harta yang bersih dan halal. Jika tidak “haji mardud” lah yang paling layak untuk kita.

Label:


Older Post | Newer Post